Ahad, 8 Februari 2009

Laman Sembang


Puisi ditulis tanpa dipinta
Minat yang dalam suka cita
Pohon diberi identiti anda
Untuk saya mengarangnya

Muzaimy bin Mursid
Terkenal orangnya dimata hati
Putih wajah berseri-seri
Ungu disuka pilihan hati
Menjadi tema di hari jadi

Darwish Anaqi nama si dia
Minat mendalam bahasa purba
Orangnya manis suka sentiasa
Jiwa rock tetap ada

Muhd. Nazief bin Adanan
Orangnya manis tergugat hati
Menjadi teman selama ini
Lama menunggu sentiasa menanti
Menjadi teman di dalam hati

Mohon dibantu teman sejati
Memberi kritikan puisi ini
Tiada sempadan menangkis budi
Blog kesayangan cinta ini

Maaf dihulur daripada saya
Meminta anda mengizinkannya
Saya menyalin puisi cerita
Buat dipapar di blog saya

Maafkan aku


Menitis air mata
Mengenang wajahmu
Begitu tulusnya dengan cintamu
Aku menyesali segala yang terjadi
Takkan aku mengulanginya...

Oh Tuhan...tolonglah...diriku...
Berikan kesempatan
Agar dosaku terhadapnya
Diamupuni segala

Seribu musim telahku tangisi
Mustahil akan engkau kembali
Tapi ku berdoa agar kita
Temu di syurga...

Kisah cinta kita kita tuk pencinta
Kan ku semadikan
Sejarah tak sudah
Kuyakini ia ujian untukku
erti setia...

Dan maaf oh syang maafkan aku
Ku sedar ku telah mengabaikanmu
Aku lemah aku payah tuk melupa..
Maafkan..maafkan..kusedar..
Dan takkan ku lupa

Jumaat, 30 Januari 2009

Gadis Kesepian


Di ruang kecil terduduk dia
Memegang kertas bersama pena
Sunyi dan sepi senyap tak terkata
Tersandar di dinding terkunci kata

Pergilah sudah teman sejati
Berat rasanya melepaskan diri
Engkaulah sahaja temanku ini
Sunyi rasanya hatiku ini

Pesanan dikirim lama ternanti
Membalas berita senang hati
Gelak dan tawa hilanglah sepi
Menunggu kepulangan engkau disisi

Pergilah sudah beribu batu
Menanti pesanan buat aku
Sehari kau pergi rasakan seminggu
Menunggu engkau di depan pintu

Hilanglah engkau di mata ini
Pergi bersama keluarga disisi
Jiwa merana seakan berapi
Walaupun jauh dekat di hati

Khamis, 29 Januari 2009

Secalit Dakwat


Begitu lemah pena dipegang
Terlelap sudah si pemegang
Bangun membangkit terus mengarang
Puisi ditulis secara terancang

Bahasa dicari menyusun bicara
Iring bersama lagu cinta
Dakwat dicelup menerus kata
Pena terhenti tanpa idea

Kata ditulis penuh makna
Mencari mentol untuk idea
Lampu dihidup serta-merta
Pena bergerak penuh gaya

Di Kanca Dadah


Jiwa ini seakan terpanggil
Untukku mencubanya
Rasa suka tanpa terkata
Aku mula mengambilnya

Dadah
Pelbagai jenis yang aku cuba
Beratus-ratus ringgit telah ku belanja
Hanya kepuasan yang ku pinta
Mengganti tempat tika duka

Tiga malam aku berjaga
Mendapat kepuasan bersama-sama
Jarum disuntik sakit terasa
Hilanglah duka timbulah ceria

Bertahun lamanya aki di kamar besi
Menatap pintu di kamar ini
Menunggu tiba cahaya menerangi
Melepaskan aku dengan penuh sesali

Aku kini berbakti untuk negeri
Walaupun dimaki dan dicaci
Aku tetap terus menjalani
Seakan mati hidup kembali

Rabu, 28 Januari 2009

Perpisahan


Hari pertama di sekolah
kelihatan ceria-ceria belaka
teman-teman menghulur salam mesra
tiga hari di orientasi
hubungan dijalin erat sekali

Kami terpisah pabila guru memisahkan
namun di tingkatan 4 kami bergabung semula
bayangkan kuatnya ikatan persahabatan
guru-guru ibarat ibu dan kakak kami
kasih sayang terjalin tidak dapat memisahkannya

Gelak tawa semakin berkurangan
pabila tibanya ujian yang paling gentir
kami saling bantu membantu
menolong teman yang menghadapi kesusahan
tidak kenal musuh mahupun lawan
ada ilmu kami kongsi bersama

Hurrey!!!ujian paling gentir berlalu sudah
kami mula berkira-kira untuk bercuti bersama
inilah kali terakhir kami bersama
mungkin selepas ini hanya 2 3 teman sahaja

Hari perpisahan sudah tiba
banyak kenangan kami bersama
pelajar 5 science 3
mengucapkan selamat tinggal semua

Nukilan Si Gadis Jelita


Kertas terbiar dicorak si pena
Idea mendatang pelbagai kata
Tangan menulis mulut berbicara
Mengalun rentak nada suara

Pantun dan sajak bunyi seketika
Puisi bergema diam semua
Wajah ditatap insan setia
Tidur bersama linangan air mata

Sunyi sepi di ruang kota
Mata mengelip pening rasanya
Indahnya suara si kakak tua
Ciptaan tuhan dibumi tercinta

Penat dilepas menanti tuannya
Tumpullah sudah si mata pena
Otak berpusing mencari idea
Untuk peminat baca ceritanya

Kertas diselak menurut perintah
Memadam kotor di badan dia
Mata mengantuk mencari kata
Menutup bicara buat seketika

Tidurlah terus tuan empunya
Pena dipegang tanpa selesa
Kertas menanti waktunya tiba
Salam dihulur untuk semua

Selasa, 27 Januari 2009

Cinta Hakiki


Madah pujangga dikongsi bersama
Buat teman seisi keluarga
Bicara kata mengusik jiwa
Mengundang cinta si kaca mata

Abang datang menanya khabar
Adik manis senyum sahaja
Salam dihulur untuk keluarga
Menambat hati keluarga mertua

Jari disarung cincin petanda
Halangan ditempuh untuk bersama
Setahun menanti akhirnya tiba
Kata putus mengakhiri semua

Mahligai dicapai tika disanding
Mawar di tabur di kaki pelamin
Doa dipohon untuk pengantin
Bahagia sentiasa terus terjamin

Adik manis menghibur semua
Mendengar khabar berbadan dua
Lengkapan dibeli untuk bayinya
Menunggu hari bersalin sahaja

Tamatlah sudah kisah ini
Puas bercerita buat sejati
Salah dan silap harap dimaafi
Ketemu kita di lain hari

Skandal


Masa berkenalan engkau sopan
Aku tertarik untuk kalian
Kata-kata manis engkau lemparkan
Lembaran manis aku tinggalkan

Skandal
Tidak perbah aku ceburi
Namun tika kamu disisi
Aku terus menghampiri
Mungkin ini yang kucari?

Aku bermain tanpa kata
Lagu didendang lena seketika
Kucupan manis hinggap bersama
Mohon ditinggal untuk selamanya

Di Kamar Bujang


Terbaring aku sunyi sekali
Menanti hadirmu menjemput diri
Tangisan sedih terus dirasai
Tika khabar memerit hati

Di mana perginya cinta sejati
Menjemput kasih sunyi sepi
Bibir digigit menahan hati
Sayu terdengar lagu ini

Melodi perlahan iring bersama
Kekunci ditekan hubungi dia
Lagu kenangan perit terasa
Hilang bersama suara si dia

Keheningan senja


Angin bertiup sesedap rasa
Rambut dilepas menutup rupa
Pelukan mesra dirasai bersama
Tika bersama di tepian cemara

Berlari-lari si dewi cinta
Terjatuh bersama jejaka tercinta
Senyuman manis dilempar bersama
Cubitan manja sakit terasa

Sahabat


Persahabatan
Ibarat sebuah rumah
Tak perlu cantik
Tak perlu mewah
Yang penting empat tiang
Kejujuran,kesetiaan
Keikhlasan dan kasih sayang

Ku sentiasa mendoakanmu
Agar dilindungi dan dihormati
Ingin juga aku melihat dirimu
Gembira dan senang hati
Pabilaku berkata padamu
'Jangan sesekali membuatkanku merasa
Dirimu kecewa kerna pabilaku
Terasa,diriku juga akan turut kecewa'

When it rains
You don't see the sun
But it's there
Hope we can be like that
We don't see each other
But we'll always remember each other

Puisi Hati Ini (versi III)


Kasih tinggal atas kertas
Rindu tinggal atas kata
Hati hilang tiada bicara
Engkau datang memenuhinya

Duka dijiwa engkau ubati
Engkau jahiti engkau rawati
Namun duka dihatimu
Siapa yang tahu

Cinta itu buta
Cinta membuatkan semua orang terleka
Lihatlah bertapa kuatnya cinta
Hingga runtuh ego di jiwa

Cinta selalau digenggam
Jiwa s\tak pernah tenteram
Kasih tak jua tenggelam
Dilubuk hati yang paling dalam

Aku terbayang-bayang
Hingga terkenang-kenang
Kuatnya aura cintamu
Menarik pintu hatiku

Cinta bertepuk sebelah tangan



Bukan niat dihati untuk mempermainkanmu
Tapi kenyataan yang sebenar
Yang aku tidak mencintaimu

Hanya tali persahabatan ku pinta
Walau dihati ini masih ada kasih buatmu
Maafkan aku mungkin di suatu saat nanti
Pintu hatiku bakal terbuka untukmu sayang

Namun janganlah di kau begitu mengharap
Hanya ku mohon ...maafkanlah aku
Kerna menolak cinta sucimu
Yang begitu tulus bagimu

Sayang
Tidak pernahku cubamempermainkanmu
Dan mungkin menguris hatimu
Tika aku mula berkenalan denganmu
Tapi tolonglah aku tidak bermaksud begitu
Mungkin dengan mengatakan
Engkau sudah ada yang lain di hati
Tak bermakna kisah kita
Akan bersemadi begitu sahaja

Aku pohon seribu khilaf
Engkau dapat memaafkanku
Dan janganlah engkau pergi
Dan menghilang begitu sahaja
Kita masih bisa berteman dan aku sedia
Menjadi teman sejatimu tika engkau
Dilanda gelora sebesar ombak tsunami

Puisi Hati Ini (versi II)


Detik demi detik
Masa terus berlalu
Hati merintih jiwa merana
Kisah kasih kita bersama
Kau dan aku terus melara

Bicara cinta hati seringkali diungkapakan
Tika tumbuhnya benih-benih cinta
Namun tatkala diri ini ingin dicintai
Disayangi dan dikasihi pasti ada halangannya

Ketika diri ini merana
Aku dihimpit sengsara
Ku balut jiwa lara
Dengan kasihmu
Kau lafaz ungkapan
'sayang cinta padaku'
Hari ini engkau tahu
Aku sangat sayang padamu
Hari esok sama-samalah
Kita pertahankannya

Tak ingin lagi diriku
Berendam air mata
Tak mungkin lagi tidurku
Diulit mimpi derita

Siangku terbayang
Malamku terkenang
Pada dirimu hanyalah engkau
Sayang yang bertakhta dihatiku

Ingin sekali aku tatap wajahmu
Tika engkau berjauhan denganku
siang,malam,pagi,petang
Wajahmu bermain di minda hatiku

Puisi Hati Ini (versi I)


belaian kasih merdu suaramu
sentuhan hangat peluk rindumu
kucupan manis bibir cintamu
salam dihulur pupuk indahmu

tenungan mata menusuk qalbuku
getaran hati mengoncang imanku
cuping bersinar hembus nafasmu
jiwa terseksa wajah sucimu

wajah ayumu tersemat didadaku
gelak tawamu gemersik suaraku
minda berputar mencari kunci hatimu
kata-kata pujangga
ligat bermain difikiranku

mata bertemu mata
tubuh menjadi kaku
bicara-bicara cinta
menjadi saksi bukit sandaranku

aku berdiri menanti hadirmu
mengenang kembali
kisah kau dan aku

Di Bawah Lampu Neon


Hati ceria menjadi hambar
Nada perlahan menjadi garang
Iblis dan syaitan saling mengejar
Mendekati mangsa sedang berang

Luahan marah bercampur kasar
Buku lima dalam genggaman
Hati suci terus dikisar
Puisi ini menjadi luahan

Bilik sendirian sedia menanti
Menunggu aku ketika ini
Jiwa memberontak masa ini
Idea diawangan tidak ditemui

Telingan ditutup disumbat 'earphone'
Mata menatap helaian ini
Rasa sakit terus dirasai
Baring bersama ubat disisi

Kamar beradu ditinggal seketika
Menutup mata untuk jiwa
Hati redah menenang dada
Kalimah indah terus tiba

Lampu neon dipadam sahaja
Tika aku memejam mata
Kamar beradu siap sedia
Menanti aku bersama-sama

Untukmu.....Azmif Arif

Indah bicara dari rupa
Salam dihulur berjabat mesra
Apa khabar ababg disana
Adik bertanya tentang berita

Wajah ceria sentiasa bersama
Menunggu abang membalas berita
Adik setia mendengar cerita
Luahan abang tetap terasa

Lagu di dengar undi bersama
Pilihan lagu menanti tiba
Kita berdoa selepas berusaha
Harap peminat suka si dia

Wajah ditatap lagu didendang
Hayati lagu bunga berkembang
Paras rupa ilham pun datang
Menanti album abang datang

Puisi ditulis malam raya
Lagu diulang teringat si dia
Maafkan aku nyanyian dia
Puisi ini untuk dia

Nyanyian merdu menambat jiwa
Menatap wajah tanpa bicara
Berita dikirim hilanglah lara
Meminta lagi tanpa terkata

Meniti hari...

nukilan untuk mangsa Gaza...

Ya Allah
Apa salah mereka
Insan yang tidak berdosa
Menjadi korban manusia
Yang langsung tidak tunduk
Padamu ya Allah

Ya Allah
Mereka kini meniti hari
Berhajat menyelamatkan diri
Namun dibumimu ini
Mereka terkujur mengharap dikasihi

Ya Allah
Tiada tempat untuk mereka lagi
Mereka dibunuh begitu kejam sekali
Sehingga beribu-ribu umatmu
Begitu sayu mengenang nasib mereka itu

Ya Allah
Sekalian umatmu bermohon
Engkau hapuskanlah mereka itu
Kerna mereka tidak layak dibumimu
Mereka bunuh umatmu yang kerdil
Dan tidak terdaya melawannya

Ya Allah
Aku hanya mampu menulis puisi ini
Buat mengenang nasib mereka
Kerna aku hambamu yang lemah
Tanpa kuasa untuk menghentikan
Kekejaman dan kezaliman di buni Gaza...

luahan gadis terseksa


Engkau nodai aku dengan katamu
Aku terperangkap janji manismu
Kenapa mesti aku ikut bicaramu
Menyerahkan takhta maruah diriku

Aku kini mudah mempermainkan hati
Tidak kira teman mahupun sejati
Pelbagai gelaran yang diberi
Untuk aku terus dikasihi

Cinta sejati, skandal,couple...
Mereka semua aku simpan di peti
Menjadikan aku ratu digilai
Jangankan muda ,tua pun mencari
Aku seakan tidak kisah semua ini

Pelbagai helah yang aku gunakan
Menangkap mangsa melayan perasaaan
nafsu memuncak hilang pertimbangan
Iman di dada hilang keruan