Selasa, 27 Januari 2009

luahan gadis terseksa


Engkau nodai aku dengan katamu
Aku terperangkap janji manismu
Kenapa mesti aku ikut bicaramu
Menyerahkan takhta maruah diriku

Aku kini mudah mempermainkan hati
Tidak kira teman mahupun sejati
Pelbagai gelaran yang diberi
Untuk aku terus dikasihi

Cinta sejati, skandal,couple...
Mereka semua aku simpan di peti
Menjadikan aku ratu digilai
Jangankan muda ,tua pun mencari
Aku seakan tidak kisah semua ini

Pelbagai helah yang aku gunakan
Menangkap mangsa melayan perasaaan
nafsu memuncak hilang pertimbangan
Iman di dada hilang keruan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan