Selasa, 27 Januari 2009

Untukmu.....Azmif Arif

Indah bicara dari rupa
Salam dihulur berjabat mesra
Apa khabar ababg disana
Adik bertanya tentang berita

Wajah ceria sentiasa bersama
Menunggu abang membalas berita
Adik setia mendengar cerita
Luahan abang tetap terasa

Lagu di dengar undi bersama
Pilihan lagu menanti tiba
Kita berdoa selepas berusaha
Harap peminat suka si dia

Wajah ditatap lagu didendang
Hayati lagu bunga berkembang
Paras rupa ilham pun datang
Menanti album abang datang

Puisi ditulis malam raya
Lagu diulang teringat si dia
Maafkan aku nyanyian dia
Puisi ini untuk dia

Nyanyian merdu menambat jiwa
Menatap wajah tanpa bicara
Berita dikirim hilanglah lara
Meminta lagi tanpa terkata

Tiada ulasan:

Catat Ulasan