
Hati ceria menjadi hambar
Nada perlahan menjadi garang
Iblis dan syaitan saling mengejar
Mendekati mangsa sedang berang
Luahan marah bercampur kasar
Buku lima dalam genggaman
Hati suci terus dikisar
Puisi ini menjadi luahan
Bilik sendirian sedia menanti
Menunggu aku ketika ini
Jiwa memberontak masa ini
Idea diawangan tidak ditemui
Telingan ditutup disumbat 'earphone'
Mata menatap helaian ini
Rasa sakit terus dirasai
Baring bersama ubat disisi
Kamar beradu ditinggal seketika
Menutup mata untuk jiwa
Hati redah menenang dada
Kalimah indah terus tiba
Lampu neon dipadam sahaja
Tika aku memejam mata
Kamar beradu siap sedia
Menanti aku bersama-sama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan