
Madah pujangga dikongsi bersama
Buat teman seisi keluarga
Bicara kata mengusik jiwa
Mengundang cinta si kaca mata
Abang datang menanya khabar
Adik manis senyum sahaja
Salam dihulur untuk keluarga
Menambat hati keluarga mertua
Jari disarung cincin petanda
Halangan ditempuh untuk bersama
Setahun menanti akhirnya tiba
Kata putus mengakhiri semua
Mahligai dicapai tika disanding
Mawar di tabur di kaki pelamin
Doa dipohon untuk pengantin
Bahagia sentiasa terus terjamin
Adik manis menghibur semua
Mendengar khabar berbadan dua
Lengkapan dibeli untuk bayinya
Menunggu hari bersalin sahaja
Tamatlah sudah kisah ini
Puas bercerita buat sejati
Salah dan silap harap dimaafi
Ketemu kita di lain hari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan